Resemsi Buku #1: #malaysiamembaca




Assalamualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca.

Semoga kita semua dalam hidayah dan pimpinan Allah SWT dalam hidup kita seluruhnya.

Hari ini maudu' yang kita nak bincangkan adlah sedikit berbeza dari sebelum ini iaitu sebuah aktiviti atau pembawaan baru dalam blog ini iaitu sebuah book review.

Buku yang saya inginkan kongsikan ibrah dan hikmahnya pada hari ini ialah sebuah buku yang ditulis oleh 8 orang penulis, berketebalan 127 muka surat dan diterbitkan oleh syarikat Jejak Tarbiah 

Iaitu tidak lain fan tidak buku #malaysiamembaca.
 


Ini adalah sebuah buku dengan 7 bahagian dan setiap satunya dengan penhlis yang berbeza-beza.

Penulis-penulisnya ialah Dr Maszlee Malik, Nurul Izzah Anwar, Hasrizal Abdul Jamil, Hilal Asyraf, Syed Azharul Asriq, Hanapi Jamaluddin, Zamri Mohamad dan Dr Zahrah Yunos.

Buku ini untuk siapa?
1. Ibu bapa. Anda buntu macam mana nak jadikan anak-anak membaca? Belilah buku ini! Di dalamnya dibahaskan tentang tips, how dan why harusnya ibu bapa memupuk semangat membaca dan stamina membaca untuk anak-anak.




2. Guru. Agar kita mengetahui apakah tanggungkawab guru dalam membentuk diri dan mendidik "bangsa bibliofil".

3. Para pelajar. Yang malas membaca macam aku boleh la beli, bagi semangat sikit. Katakanlah tetap tak semangat juga lepas baca dan tak membaca dah selepas buku yang ini. Sekurang-kurangnya, korang adalah jugak baca buku ni🤣🤣


Apa yang menarik?
1. Semestinya apa ingin dibawa, atau mesej yang saya kira menjadi tujuan utama buku ini. #malaysiamembaca adalah slogan yang amnya mengetahui sebuah slogan yang dibangunkan oleh kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara membaca 2030. 

Di dalam buku ini memuatkan pengalaman yang justeru menjadi inspirasi bagaimana atau steps yang perlu diambil dalam membentuk habit membaca dalam hidup.

Namun yang lebih utama adalah The Big WHY iaitu mengapa kita membaca. Saya yakin oleh kerana saya juga adalah seorang yang baru menjinakkan diri dalam habit membaca ini, buku ini akan menjadi sebuah batu loncatan atau the stepping stone ke arah habit membaca yang lebih mantull!!

2. Latar belakang yang berbeza dalam kalangan penulis. Ada yang agama, akademia, perubatan sastera, penulis novel dan pelbagai lagi.

Jadi saya juga yakin anda, ya!! Yang tengah baca ni... Anda semua! Kita semestinya berbeza bidang dan kerjaya. Maka setiap sifat pandangan individual terhadap bidang dan kesesuaian buku yang diminati  yang diceburi juga ada yang dibawa oleh para penulis.

Dr Maszlee (antara penulis), berjaya menghabiskan paling kurang 50 buku semasa PKP


3.  Buku ini adalah saya timbang kira sebagai sebuah usaha yang baik oleh kerajaan Malaysia, dan bagaimana anda ingin membantu usaha ini? Just share book review ini dan link ada yang saya telah saya sediakan di bawah agar kita boleh sama-sama melebar luas #malaysiamembaca dalam diri, keluarga, masyarakat dan ibu pertiwi.

Sekian. Terima kasih atas luangan masa.
Jangan lupa Share dan Follow

https://ibrahmusafir.blogspot.com/?m=1 



Ulasan

Catatan Popular