Kita, Pemikiran, Media dan HAMKA
Assalamualaikum. Saya di sini pada hari ini bukan atas kapasiti seorang yang ingin memberi jawapan kepada persoalan-persoalan yang mungkin sedang bergalau dalam cepu anda. Saya di sini hari ini adalah atas kapasiti mahu menjadi seorang yang mencetuskan budaya baru dalam diri saya, diri anda dan masyarakat kita. Suatu budaya yang telah saya rasakan mati, dan memberi masalah pada kita apabila kita gagal memahaminya dan menghidupinya semula. Iaitu budaya berfikir dan terus berfikir. Kerana ini adalah suatu budaya yang bakal menghidupkan budaya yang lain, iaitu budaya bertanya atau sentiasa mencari. Kata orang, tanah lembah kandungan air, kayu bengkok titian kera. Dikala remaja ini, saya didedahkan dengan dua perkara yang saya kira amat beruntung saya perolehi keduanya, iaitu buku dan media sosial. Mengapa? Apabila saya mendapat atau gulati senaskhah buku, saya mendapat sebuah teori dalam berfikir, bertanya dan berdiskusi. Namun dalam buku pemikiran yang tebal-tebal itu pun b...








