Resensi Buku #4: Berfikir Tentang Pemikiran

 Assalamualaikum semua.

Lama sudah saya tidak menulis resensi buku atau book review di blog ini. Jangan risau, saya akan ceritakan apa yang saya suka secara bersahaja tentang buku ini tanpa mengspoilkan pembacaan anda.

InsyaAllah kita mulakan pembacaan terbaru saya, buku karangan Syed Ahmad Fathi seorang penulis yang berasal dari Kampung Gombak, Selangor. Sebelum membaca buku ini, saya tidak berapa mengenali beliau secara serius, hanya sekadar tahu nama beliau, setakat itu sahaja, mungkin kerana tidak pernah berjumpa. selepas direcommend oleh rakan saya Akhi Izzuddin Khalis Bin Haji Saadan saya sudah tertarik dengan tajuknya sahaja, Berfikir Tentang pemikiran. 

Mana tidaknya, ketika itu saya sedang rancak mengikut wacana-wacana rakaman ilmiah di youtube berkenaan liberalisme, sosialisme dan isme-isme yang lain. Dan antara yang disentuh dalam buku ini juga adalah perkara-perkara seperti itu (diberitahu oleh Akhi Izzuddin). Highlight paling utama bagi saya dalam buku ini ialah penilaian worldview kita.

Bagaimana kita melihat alam ini? Adakah selain dari pola pemikran kita hanyalah ajaran kesesatan semata-mata? Atau ada titik-titik persefahaman yang kita boleh cari antara idealisme-idealisme yabg wujud dan bertoleransi? Atau bagaimana?

Ya, inilah sudut paling menarik dan penting dalam buku ini pada hemat saya.

Bukan itu sahaja, kita bukan sahaja diajak untuk menilai semula worldview kita, namun penulis juga mengetengahkan pengenalan kepada beberapa pemahaman atau pergerakkan yang terdapat dalam masyarakat moden hari ini, seperti sosialisme, kapitalisme, liberalisme, feminisme dan lain-lain secara umum atau helicopter view. Kekadang kita tahu tetapi belum kenal, bak kata orang usrah, "Tak kenal maka taaruf(berkenalan)"

Dari segi fakta, 'banyak'. itu sahaja yang mampu saya lakarkan dangan kalam. Bukan sahaja dari skop isu dunia islam fakta yang diberikan, tetapi malangkau banyak bidang seperti situasi politik global mahupun glokal, ekonomi, gerakkan islam selain di Malaysia, parenting issues dan banyak lagi. Sesuatu yang baik bagi pendapat saya, kerana bila saya membaca buku ini, ada satu suara kerap bermain di cepu berbunyi "Banyak juga yang aku tak tahu". Ia sesuatu yang baik, buku yang baik mampu menjadikan kita lebih rendah diri pada hemat saya. 

Baik, sudah tiga point diberikan. Jangan risau, satu perenggan satu point.

Dari segi bahasa pula bagaimana? Banyak terms moden telah digunapakai, sangat baik untuk pemuda-pemudi, apatah lagi para pendakwah, harus mengetahui dan ambil tahu tentang istilah, jargon dan lingo yang digunakan di jagatfana yang semakin berkembang pesat ini.

Maka tibalah masa untuk soalan penting dalam dalam sejarah umat manusia iaitu:

BERAT TAK BUKU NI? SENANG PAHAM?

Menarik juga tentang buku ini, banyak pendekatan anekdot atau kisah-kisah pendek yang diterapkan penulis, senang cerita tidaklah memenatkan atau membosankan sangat semasa pembacaan, kerana kalau terlalu banyak ayat berbentuk fakta pun susah juga hendak dihadam. Jadi jawapan saya mudah, tidak terlalu berat (sederhana), bahasanya mudah dan informatif. 

Akhirul kalam saya untuk pembacaan kali ini, buku ini amat berguna untuk para pendakwah, orang-orang muda, mereka yang berkecimpung dalam politik mahupun guru-guru atau ibu bapa.

Banyak isu yang dibangkitkan, dan kalau diberi cabaran untuk saya describe buku ini dengan 5 perkataan sahaja, saya akan katakan, mencabar minda kita yang selesa.

Untuk mengenali pengarang dengan lebih lanjut, boleh ikuti beliau di facebook(Syed Ahmad Fathi), dan untuk pembelian buku boleh dilakukan pra-tempahan melalui sahabat saya, Akhi Izzuddin Khalis di talian tertera di bawah nanti.

Semoga bermanfaat, dan kalau rasa bermanfaat boleh share artikel ini.

Assalamualaikum.

Facebook Syed Ahmad Fathi: https://www.facebook.com/syedahmad.fathi

Blog Syed Ahmad Fathi: http://bersamakepuncak.blogspot.com?m=1

Untuk pra-tempahan Izzuddin Khalis (Whatsapp): +60 11-2096 8471









Ulasan

Catatan Popular