Kita, Pemikiran, Media dan HAMKA
Assalamualaikum.
Saya di sini pada hari ini bukan
atas kapasiti seorang yang ingin memberi jawapan kepada persoalan-persoalan
yang mungkin sedang bergalau dalam cepu anda. Saya di sini hari ini adalah atas
kapasiti mahu menjadi seorang yang mencetuskan budaya baru dalam diri saya, diri
anda dan masyarakat kita.
Suatu budaya yang telah saya
rasakan mati, dan memberi masalah pada kita apabila kita gagal memahaminya dan
menghidupinya semula. Iaitu budaya berfikir dan terus berfikir.
Kerana ini adalah suatu budaya
yang bakal menghidupkan budaya yang lain, iaitu budaya bertanya atau sentiasa
mencari. Kata orang, tanah lembah kandungan air, kayu bengkok titian kera.
Dikala remaja ini, saya didedahkan
dengan dua perkara yang saya kira amat beruntung saya perolehi keduanya, iaitu
buku dan media sosial. Mengapa?
Apabila saya mendapat atau gulati
senaskhah buku, saya mendapat sebuah teori dalam berfikir, bertanya dan berdiskusi.
Namun dalam buku pemikiran yang tebal-tebal itu pun belum tentu ada latihan
befikir dan sebagainya. Jadi di sini media sosial memainkan peranan. Bagaimana?
Saya berikan anda contoh, minggu ini
kita dapat mengamati terlalu banyak isu yang timbul dalam perbincangan dan sesi
makian mahupun pujian warga net. Bermula dengan isu dakwaan menghina Pemaisuri Agong,
lawak jenaka yang hina dina di sekolah, isu haid, dan juga isu abang burger dikena kompaun. Terlalu banyak isu simpulnya.
Maka di sini latihan kita
bermula, kata pemikir agung negara Syed Hussein alatas, ada empat ciri seorang
intelektual (seorang yang memberikan kemampuan intelek atau berfikir dalam memahami isu masyarakat).
Iaitu, mampu menyatakan masalah, memberi definisi pada masalah, kemudian
menganalisis masalah dan juga memberikan jalan keluar pada masalah.
Mungkin kita tidak boleh membuat
semua perkara itu pada semua isu, tapi ciri-ciri yang digaris bawah oleh Syed
Hussein ini saya kira boleh dirumuskan sebagai ‘mengelak pemikiran yang tidak simplistik’.
Pemikiran di mana tiada analisis
dibuat, kita bertindak hanya kerana mengikut orang, membuat ciapan di twitter
tanpa berfikir dahulu. Kerana terkafang orang kita, jari bergerak lebih laju dari otaknya.
Percayalah, pemikiran kita masih simplistik.
Ada isu dengan seorang artis. Isunya
adalah sekitar ketidakadilan atau cherry pick dalam implimentasi akta atau lebih khusus pelanggaran SOP dan kompaun yang diberi. Kendatipun
begitu, kemudian kita bangkitkan pula kisah lamanya yang mungkin dia juga tidak
mahu ingat lagi. Simplistik! Apa perlunya mengungkit sejarah lama seseorang
kerana kesilapan dia yang sekarang.
Sungguh kita memang simplistik!
Apabila kita berfikiran simplistik,
kita bakal gagal menyelesaikan masalah akarnya kerana perhatian kita sudah terganggu. Misalnya ada isu pemeriksaan haid di sekolah, mungkin nanti kita akan ada pula
akta sexual harassment dan sebagainya. Baik, selesai satu masalah, namun
bagaimana pula ingin menyelesaikan massalah pelajar tidak mahu solat malah
menipu?
Saya bukan menyokong pemeriksaan
haid, memang ia salah sesalah-salahnya. Tapi kita selalu terhenti separuh jalan.
Apa yang menghalang seorang (kalau benar dia menipu dalam haid) untuk memberi
10 minit dari hidupnya untuk solat. Apa yang salah dalam pendidikan agama kita.
Adakah kita sudah menjadikan agama sebagai 'mata pelajaran' yang menjadi satu beban dan hambar?
Itu sepatutnya persoalan paling
asas kita.
Atau mungkin bagi sebahagian yang
lain sepatutnya itu persoalan lanjutan kita, setelah mungkin nanti kita berjaya
menyaman seorang guru yang mungkin berniat baik namun tersalah cara dalam
mendidik anak-anak kita. Saya ulang ‘soalan lanjutan buat sebahagian laim dari kita’.
Isu agama juga, kita label orang
lain dengan macam-macam, wahabi dan sebagainya. Kadang-kadang kita terkejut melihat
ada orang memaki hamun di mikrofon rumah Tuhan. Saya bukannya takut perkara ini
bakal menjadi fitnah buat agama kita, tetapi saya takut kerana mungkin perkara
ini sudahpun menjadi fitnah buat agama kita.
Saya baru-baru ini baru sahaja
membaca sebuah tulisan seorang non-muslim dari Malaysia dalam senaskhah buku. Ada beliau menyatakan,
“There is no interpretation of the Quran and the hadith that is universally declared
to be the right one”. Apa pendapat anda bila anda dengar ayat ini?
Mungkin kita akan berkata “Dia
tidak kaji islam sebalum tulis ayat tu? Semoga Tuhan memberi hidayah padanya.” Atau
mungkin kata kita “Inilah musuh-musuh agama!”. Retorikal semuanya!
Walaupun Khabib bukan seorang
ulama’ saya tertarik dengan satu ungakapannya, “Non-muslim don’t read Quran,
they don’t read hadith, they read you”. Ya, kesimpulan sahabat non-muslim
itu tadi, berkemungkinan adalah manifestasi dari tingkah kita.
Adakah kerana pemikiran kita yang
simplistik, telah menjadikan kita fitnah buat agama?
Simplistik saya di sini ialah,
melabel atau menghentam orang lain di youtube, kemudian selesai.
Bukankah mereka yang kita panggil
sesat itu mempercayai bahawa mereka tidak sesat? Kerana lumrah manusia mana
yang hendak berada di atas jalan yang sesat? Maka kalau kita benar yakin bahawa
kita yang benar, ayuh kita buat mereka lebih dekat dan bukan lebih jauh dari
kita. Kalau kita yakin kita benar!
Sekiranya kita teguh dengan
prinsip ‘Kekal Simplistik’ kita, amat dikhuatiri kalau-kalau ia akan menjalar
dan berakar dalam masyarakat. Langsung membunuh generasi-generasi mendatang.
Ada sebuah sudut pandang professor
Muhaimin Sulam dalam bukunya berjudul Akar Bangsa yang saya kira menraik
perhatian. Kata Prof Muhaimin, dalam novelnya Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk,
dan Di Bawah Lindungan Kaabah, pak HAMKA mengetengahkan isu dimana pemuda boleh
dibunuh oleh budaya sesebuah masyarakat. Zainuddin mati kerana adat yang
membezakan darjat langsung menhalang cinta nirmala, hamid juga mati kemaruk
cinta dibuang kampung oleh kerana menyelamat nyawa kekasih yang hamper mati tertelan
air dek kelemasan.
Kedua-duanya mati atas dasar
pengaruh budaya masyarakat.
Padahal, Zainuddin merupakan penulis
besar yang mungkin boleh diguna inteleknya mengusir penjajah. Hamid pula seorang
ilmuwan, mungkin saja menjadi reformis luar biasa. Namun pemikiran masyarakat
membunuh mereka.
Kita sudah tidak ada, atau kurang
perbezaan darjat mahupun perbezaan ras seperti perinya Zainuddin dan Hamid. Namun
masyarakat kita masih punya pemikiran simplistik, mungkinkah budaya kita itu
pula nanti bakal membunuh akal anak-anak muda bakal pencerah umat sejagat. Bak kata
Farit Ismeth “Fikir-fikirkanlah”.

Ulasan
Catat Ulasan