Anugerah Buku Welldone 2020
Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, 10 buku telah dihabiskan tahun ini. Pencapaian peribadi terbaik setakat ini. Bagi saya tahun 2020 ada makna yang tersendiri, cukup menarik kalau hendak dikongsi. Mungkin blog yang akan datang akan saya kongsikan.
Cuma mungkin dalam blog kali ini hanya sekadar hendak berbicara tentang anugerah yang saya sendiri mulakannya. Ya, Anugerah Buku Welldone 2020, hanyalah nama yang saya beri sendiri berdasarkan nama diri sendiri😂, sahajalah mahu memberi ranking bagi senarai pembacaan tahunan. Suka-suka kata orang. Ada beberapa nilaian yang dibuat dan membuat buku ini layak berada dalam senarai 5 terbaik pada hemat saya. Antaranya, impak pada peribadi, laras bahasa dan paling penting bagi saya, mesej yang hendak diberi penulis itu sampai atau tidak.
Tunggu apa lagi?! Mari kita mulakan!
1. Berfikir Tentang Pemikiran oleh Syed Ahmad Fathi
InsyaAllah
Mengapa? Baiklah pertama, buku ini berjaya membuka minat saya dengan kajian falsafah dan sosiologi. Bagi saya, buku ini bukan sahaja berjaya menarik minat, namun mungkin membentuk minat itu sendiri. Membentuk minat kita bagi mengambil tahu paling kurang secara kasar, apakah falsafah dan idea-idea yang menjadi pilihan untuk dipegang. Contohnya, liberalisme, sekilarisme dan sosialisme. Cukup menarik.
Laras bahasanya mudah dan penggunaan kalimah-kalimah dan terma moden memang cukup kaya. Bagus bagi generasi millenium. Apa lagi? Oh ya, seperti tajuknya juga penulis berjaya memberi tunjuk suatu sudut pandangan sarwa (worldview) yang mungkin kita terlepas pandang. Sudut pandang yang macam mana? Boleh baca buku ini.
2. Surat-Surat Perempuan Johor
Baik, yang ini ada signifikannya juga pada saya. Ia berjaya melakar minat akan sastera dalam sukma (jiwa) saya. Jalan ceritanya pendek (based on real events). Tetapi berjaya memberikan impak dari segi patriotisme dan emosi kekeluargaan. Sekali baca, tidak akan berhenti. Ke'paduan'nya amat mengagumkan. Menitis air mata gentlemen saya. Haha.
Laras bahasa cukup klasik, cukup menarik bagi newbie sastera seperti saya. Perkataan dulu-dulu yang mungkin kita tidak pernah dengar akan wujud dalam pembacaan ini. Kalau dari segi mesejnya, saya tidak boleh cerita lebih-lebih, takut spoiler pula. Boleh rujuk blog saya yang lepas, berkenaan buku ini untuk review kasar.
3. Seni Berfikir Yang Hilang
Jujur. Laras bahasanya normal sahaja kerana ia merupakan transkrip dari penyampaian Ustaz Hasrizal berkenaan sebuah buku. Namun buku ini boleh dikatakan bermakna buat saya. Ia berjaya membuatkan saya membuang segala permainan video di dalam telefon bimbit peribadi saya. Sebab apa? Mesejnya memang sampai.
Mesejnya mengajak kita renung apa yang kita dituntut melakukannya sebagai seorang muslim. Memang tidak cukup masa hendak menghadam apa yang seorang muslim patut kuasai. Huissh, memang lain macam buku ini. Impaknya luar biasa buat yang ketagih game seperti saya.
4. Islam Dan Sosialisme
Kalau buku Berfikir tentang pemikiran tadi, memberi saya suatu sudut lihat yang lain dalam hidup. Buku ini pula adalah kesinambungannya, buku ini berjaya membawa suatu stigma baharu dalam diri saya berkaitan sosialisme itu sendiri. Kalau sebelum ini selalu digembar gemburkan DAP itu sosialis dan sosialis adalah proses mencapai komunisme. MALANGNYA, sifirnya tidak semudah itu. Bagaimana sifirnya? Baca buku ini.
Laras bahasa amat mudah, dan kalau hendak ada pengalaman membaca buku yang ditulis untuk mengkritik Tun Dr Mahathir boleh baca buku ini!
5. Akar Bangsa
Akar Bangsa, 'buku berat' pertama tahun ini. Menarik buku ini, sukses membuatkan saya berfikir 'Oh, penting juga seni dan sejarah rupanya'. Ia mempunyai kesan yang agak aneh sedikit, ia memang penulisan sains sosial, namun orang yang belajar sains tulen seperti saya pun mampu ia menarik perhatian. Laras bahasa mudah namun indah. Terasa makin bertambah rajin ingin membacanya!
Dari segi mesejnya, ia mungkin cuba memberi kita maklumat tentang peri dan hal landskap Malaysia itu sendiri. Mungkin perihal orang melayu lebih banyak. Maklumlah penulis pun orang melayu, mestilah lebih bercerita tentang isu kemelayuan. Lumrah. Keseluruhannya sungguh menarik. Ia berjaya memupuk minat dan appreciation kita terhadap seni dan sejarah.
Masa yang ditunggu-tunggu, tempat pertama dimenangi oleh!!
Berfikir Tentang Pemikiran oleh Syed Ahmad Fathi!!🥳🥳🥳
Sudah, tidak mahu saya lanjutkan kenapa ia dipilih, anda kena beli dan rasainya sendiri. Begitu juga buku lain yg saya sebutkan sebelum ini. Mereka semua memberi jasa pada saya, meluaskan horizon saya.
Buat semua penulis, teruskan menulis, biarkan generasi seterusnya mendengar suara anda. Terima kasih para penulis.
Anda juga yang membaca blog ini, TERIMA KASIH.
Kongsikan buku kegemaran anda di ruang komen!!!



Ulasan
Catat Ulasan