How Do You Finish It
10 Januari 2015
Masih ingat lagi
ketika pendaftaran, mata meliar mencari wajah-wajah yang mungkin dikenali dan berkebolehan menjadi kawan baru, aku silap! Seorang pun aku tak kenal. Maka
setelah ibu aku bayar yuran bulanan pertama, maka sudah sah akad yang akan
menyebablan aku tersekat di sini mungkin selama lima tahun. Dikelilingi hutan
yang entah ‘berpenghuni atau tidak’, aliran internet yang sepantas kura-kura
(ketika itu) uishh, amat-amat menyeramkan.
![]() |
| Bangunan Penginapan ketika Tingkatan 1 |
Masih aku wasiat
kakak sulungku, “Kau takkan nangis hari
pertama and kedua, sebab kau best dapat kawan baru, masuk je hari
ketiga mesti kau nangis dalam shower, hahahaha”, ujarnya zalim sekali.
Masuk waktu
makan tengah hari, aku pergi ke pekan menjamah hidangan ‘terakhir’ bersama umi
dan abah, setelah bersalam-salaman, terus aku ditinggal bersama debu-debu beterbangan
acah-acah filem bollywood, sambil abangku menjenguk ke luar tingkap kereta
untuk melihat aku menangis sambil membuat senyuman ala-ala watak Joker dalam cerita Batman. Setelah hilang kelibat kereta unser ayahku, terus air mata mengalir
turun menandakan kesunyian. Apabila diimbau kembali hanya ada satu yang
terdetik di hati, “Noobnya aku dulu”.
Jadi dengan
hilangnya bayang kereta ayahku dari pandangan mata aku, maka bermulalah kehidupan
asrama yang jauh dari keluarga. Aku mulakan langkah pertama dengan mula menegur
kawan-kawan aku yang baru, aku agak action bila berbual, al-maklumlah
budak 5A kan, huhu. Yeah, I know, i talk too early.
Bila aku dah
mula kenal, rupanya ramai saja yang mendapat keputusan macam aku, tapi tak
berlagak. Maybe sebab diaorang semua sekolah agama, dan aku dari sekolah
kebangsaan. So, macam yang dirancang, terus cari kawan, cari dan cari, nasib
baik aku ni sembang kencang, huhu.
So, macam biasa
kita teruskan dengan bulan orientasi, abang-abang senior kat sini semua memang
ambil berat dengan adik-adik diaorang, diaorang itu semua sangat peramah, tapi
malangnya aku ini kurang popular, sebab tidak ada abang kandung di sini, so
orang tak berapa nak kenal.
Hari pertama dan
kedua dihadapi dengan baik, masuk hari ketiga guess what? Ramalan kakak
aku menjadi kenyataan, aku mandi petang tu selepas ada permainan atau riadah
dengan abang-abang senior, time tengah mandi, terpandang botol sabun yang aku
beli dengan mak aku. Entah kenapa, air mata terus berlinang keluar, hahaha,
teruk betul, baru tiga hari.
Tapi waktu tu
okey lagi, sampai habis makan malam, kami duduk dalam saf untuk tunggu azan
maghrib, dalam tengah tunggu, pusing kiri brother ini nangis, pusing
kanan brother itu pula nangis. “Aku kena tahan, aku orang kedah je pun”,
semangat aku untuk diri sendiri. Aku sebenarnya takut, takut ada member akan
kata, “Alamak, dia ni dah la tinggal kat Kedah, buat teruk pulak budak nihh”.
Itulah yang menguatkan aku.
Sehinggalah,
seorang senior berbadan agak besar berjalan ke bahagian hadapan surau, dia mengambil
mic kemudia memuji allahu swt dan kemudiannya melaungkan azan maghrib ala-ala
azan maghrib TV3, suaranya mendayu, lembut tetapi tajam menusuk hati yang
sedang menahan tadahan rindu, maka melimpahlah tadahan rindu itu melalui mataku
yang bengkak bagai empangan yang pecah akibat air terlalu penuh.
Ye betul tu,
sebenarnya aku nak cakap yang aku nangis, takut pula ada yang tak faham.
Nak balik pon
tidak boleh, hadap je lah.
Aku teruskan
hidup aku macam orang lain, dan aku semakin okey di asrama, sehingga ke
tingkatan 3, aku dah mula naik menyampah dengan maahad ini (kerana salahku
sendiri).
Di sini mulalah
perjuanganku hendak pindah sekolah, aku beritahu pada ramai orang, aku hebahkan
aku berusaha dengan jumpa ramai orang minta pendapat. Dan akhirnya, aku tidak jadi
untuk pindah, kerana sebab yang aku sendiri pun tidak jangka.
Ibu aku minta
aku habiskan PT3 di maahad ini, katanya taknak menyusahkan sekolah baru, sebab
aku surah daftar di sini, maka bermulalah perjuangan survival aku. Aku lupa nak
beritahu, aku nak pindah sebab aku tak boleh ikut pembelajaran di sini. Macam
yang aku cerita, aku asal dari sekolah kebangsaan, jadi tak boleh sangat nak
ikut pembelajaran dalam bahasa arab ketika itu.
Maka dari budak
yang tak boleh nak ikut pembelajaran, aku berusaha hingga boleh capai pencapian
yang agak baik bagi aku iaitu, 9A, alhamdulillah. So dah boleh pindah kan?
No no no. Habis sahaja exam aku ditawar menjadi ketua asrama untuk sesi tingkatan empat aku, ketika itu satu hamba Allah mucul dengan ayatnya “Tidak ada sesiapa memaksa awak terima tawaran ini, tetapi anggaplah ini peluang dan tawaran dari Allah SWT”.
Maka aku
hilangkan niat untuk pindah di tingkatan 4 dan aku alihkan kepada tingkatan 5, but
again. Aku dilantik sebagai ketua pengawas, ketika inilah cinta berputik.
Jangan salah sangka, cinta kepada sekolah, bukan perempuan. Apabila kita berada
di tingkat paling atas, maka kita terpaksa memahami apakah yang diinginkan oleh
insyitusi yang kita ceburi agar hala semua orang, yaknilah pentadbiran,
guru-guru, staf-staf, para pelajar adalah sejajar dengan prinsip sekolah.
Tak kenal
maka tak cinta
Ketika inilah di
hati aku tertambat dengan rasa yang tidak pernah aku rasa, aku ingin beri
sesuatu pada sekolah ini. Aku teruskan usaha untuk cemerlang dalam akademi dan
kepimpinan, berusaha menyediakan generasi seterunya untuk memimpin. Namun
kudrat manusia, tidak ada yang dapat di capai apa-apa tanpa izin dari Allah
SWT. Saya tidak mampu menyelesaikan semua perkara dalam satu masa, namun aku
puas dengan apa yang aku tinggalkan.
![]() |
| Barisan kepimpinan 2018/2019 |
Akuletak
jawatan bulan august 2019 untuk fokus pada SPM, aku anggap keputusan SPM
mungkin menjadi jasa terakhir untuk sekolah ini. Aku teruskan usaha dan terus berusaha.
Keputusan?
Alhamdulillah
![]() |
| antara saat-saat terakhir boleh bersuka ria bersama-sama. |
So macam tajuk blog kali ini, aku mula dengan watak seorang budak manja yang nangis masuk asrama sebab even rumah aku dekat, tak pandai bahasa arab, syariah fail, usuluddin fail, bukan tu je, banyak lagi. Semua sebab banyak buang masa. Jadi aku ubah sikit-sikit hingga akhir sekali aku tamatkan sekolah sebagai seorang ketua pengawas dengan keputusan subjek deeniy aku semua A.
Aku tak cakap aku bagus, tapi itu semua tanggungjawab kita sebagai manusia, lagi-lagi seorang mu'min untuk kita islah diri kita sentiasa dan sentiasa konsisten dengan perubahan.
Walaupun santai, aku harap boleh bagi sedikit faedah untuk orang-orang yang lembik macam aku
It's all about how you finish it, not how you start it.
![]() |
| Majlis Graduasi 2019 |





Tak mention nama kitaorang pun..hehehehe...
BalasPadamManja jgk dia ni rupanya....uhukksss
BalasPadam