Aku Nak Jadi Ikan Sungai
Garis masa yag paling banyak mengubah hidupn aku ialah dari 10 januari 2015 hingga 27 november 2019......
Dalam masa ini banyak pengalaman yang aku peroleh yang aku yakini 200%, aku takkan jumpa di tempat lain. Di Maahad aku, ada sesuatu yang amat berbeza, nak tahu benda apa?
Ianya PELUANG.
wwKalau nak ceriwwta semua peluang yang ada, sampai 2fffcc ampa baca pon tak habis. Jadi aku cerita yang umum sahaja. Macam dalam blog sebelum ini, aku ada cakap aku pernah jadi ketua asrama dan ketua pelajar. Jadi kebiasaan di Maahad aku, memang program student akan handle. Mungkin bukan 100%, tpi kalau program kecil memang milik kami sepenuhnya, Muahahhahaha.
Jadi ada beberapa program yang akan sentiasa aku akan ingat sepanjang hidup aku insyaAllah. waktu aku tingkatan satu ada satu program Europe Day. And bila aku cakap apa-apa dalam blog ni, dan ada 'Day' di belakang itu maksudnya Hari Terbuka Maahad aku. Berbalik pada Europe day, ini merupakan program yang betul membuka mata aku bahawa pelajar boleh buat program sendiri. Persiapannya MANTAP, masa yang panjang untuk persiapan, sistematik, meriah, besar-besaran dan paling penting full house.
Program ini melibatkan banyak bilik pameran, ada flashmob, gerai jaualan and even ada permainan macam tunggang kuda. Tapi waktu ini aku budak-budak lagi, jadi tak ada penting sangat jawatan aku time ini. Bila aku masuk dalam jawatan yang ada dalam kertas kerja, baru kisah yang seterusnya ada kaitan dengan tajuk aku. Hahahaha.
| Inilah Team Flasmib MASDAR 2015 |
Time tu aku tingakatan 4, sekolah aku ada pula yang di panggil Turkey Day. Jadi korang oeh faham kat sini tema setiap program berbeza. kalau Europe Day prepare hampir sebulan, Turkey Day ini seminggu je dowh, kau rasa?!
Nak dijadikan cerita, aku pulak time tu ketua pameran, struggle weyh, serious2 tak tipu. Cuba bayangkan, pagi hari pertama festival tu waktu selepas subuh, bilik pameran yang pertama tak siap lagi!!! Kau rasa?!
Jadi aku acah-acah ketua yang bertanggungjawab, maka aku kerahkan beberapa orang untuk tolong bilik itu, tapi macam tajuk aku lah kan.... Kami kan 'KINGS'. Apa-apa last minute pon confirm siap. HUHU. Korang jangan ingat subuh tu ada 2 ke 3 benda sahaja yang tak siap, memang bilik tui tak presentable langsung kott. Aku bernasib baikjuga pengarah time tu tak tahu, kalau tak mampus aku. Hehe.
Maka berjalanlah program tersebut dengan jayanya atas usaha semua king-king last minute yang ada.
Waktu tingkatan 5 pulak, waktu ni nak buat Andalusia Day. Situasi yang sama iaitu last minute, kami hanya ada 4 hari untuk siapkan program ini, maksud aku persiapan sahaja. Aku tahu, macam main game 'temple run' pulak makin lama makin susah.
Tapi ya la kan.... Budak-budak maahad aku kan kings of last minute, semua persiapan on time and ikut perancangan.
Kiranya 4hari itulah ysng paling last minute kan? Hahaha, belum lagi.
Yang paling last minute ialah Demonstrasi Bomba 2019.
Aku di tingkatan 5. Aku ingat lagi hari sabtu Jam 8:30 malam. Guru pengawas aku memanggil aku, ketika hujan ala-ala cerita Dilwale, aku redah hujan pergi ke guru aku.
Tanpa banyak soal terus dia katakan, "Esok ada demonstrasi bomba, pukul 8:30 pagi,". Tapi relax dulu, ada yang yang lagi teruk, kertas kerja pulak hilang!!!!Nak dijadikan cerita cikgu aku pon tak ada soft copy time tu.
Korang tahu tak maksudnya apa kan? Maksudnya, AJK tak ada lagi, protokol, teks mc, tentatif, senang cerita semua pon tak ada!!!
Maka bermulah 12 hours challenge aku. Kiranya kalau dalam Dota ni macam kau jumpa dalam tournament. Bincang punya bincang, susun punya susun, lambat punya tidur, maka berjalanlah program keesokan pagimya dengan jaya.
Kau orang jangan pulak fikir aku nak burukkan sekolah lama aku, bukan semua program last minute pun sebenarnya. Tapi macam kita pun, kadang-kadang kita lupa beberapa benda dalam hidup kita. Dan hidup ada macam-macam ujian, sebab ujian dan hidup itu juga pasangan yang tidak boleh dipisah.
Maka yang aku cuba sampaikan dalam blog kali ini ialah, "Masalah itu sendiri sebenarnya bukanlah masalah, namun sikap kita berhadapan dengan masalah ialah masalah sebenarnya". Progam yang aku cerita dekat sini cabaranya benda-benda last minute. Program lain ada cabarannya tersendiri
Macam hidup kita
( تَبَـٰرَكَ ٱلَّذِی بِیَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ قَدِیرٌ)
(ٱلَّذِی خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَیَوٰةَ لِیَبۡلُوَكُمۡ أَیُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلࣰاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡغَفُورُ)
[Surat Al-Mulk 1-2]
Hidup penuh dengan cabaran, kita nak kena hadapi dengan berani. Sebab kita nak kena jadi macam ikan di sungai, kita tak nak jadi ikan lombong. Ikan di sungai lebih lemak dan manis isinya kerana sentiasa menempuh arus yang datang silih berganti, ikan lombong hanyir, sebab tak pernah pun menghadapi apa-apa arus ujian dalam hidup.


Syabas anak muda!
BalasPadamPadu la buat blog,lepas ni buat novel pulak ye
BalasPadamMantap lah... baca cerita orang pon teringat kisah2 sendiri masa di sekolah dulu
BalasPadamSentiasa meyakini setiap kesukaran adalah didikan yang mematangkan
BalasPadam