Kepentingan Acuan Kuih

Assalamualaikum semua pembaca. Semoga sentiasa sihat.

Maka dengan itu, harini bukanlah saya nk bercerita tentang macam nak buat kuih, atau macam mana nak pilih acuan yang sesuai untuk kuih yang kita nak buat, tapi saya akan ceritakan bagaimana kita boleh dianggap sebagai kuih, dan segala yang hadir dalam hidup yang singkat ini sebagai acuan kuih.

Acuan kuih, bukan acuan-acuan kuih.

Macam korang belajar dulu-dulu time zaman sekolah, (kalau korang belajar betul-betul lah kan...). Korang akan perasan bahawa, acuan kuih mak korang beli kat kedai sebelum raya haritu. Bukanlah sekadar acuan, dalam nak membentuk acuan tu, nak kena ada berjuta-juta atom untuk buat satu acuan tuhh.

Maka bagi aku, semua dalam hidup aku (mungkin korang termasuk) adalah atom-atom tersebut yang akan sedikit sebanyak akan atau telah memberi 'rupa bentuk' dalam hidup aku.

Begitu juga dengan orang lain, mungkin aku antara atom yang ada dalam acuan dia sehingga aku pon telah mungkin dah pengaruhi hidup dia sedikit.

Haa, panjang bebenor intro aku kali ini...😂😂

Hahaha

So next, aku akan ceritakan kat korang 'atom-atom' yang telah memberi kesan dalam hidup aku.

Maka yang pertama

Ini semua kawan-kawan aku zaman sekolah menengah, aku rasa diaorang ni la yang kedua paling banyak bentuk hidup aku.

Mana taknya, makan setalam, tidur sebantal (bukan satu selimut ehh) dan macam-macam benda lagi lah. Ok kalau klishe sikit, memang suasah senang semua sama-sama.


Kenapa aku mention diaorang, macam kawan-kawan korang jugak la kan. Contoh aku bagi, kita ada 27 orang kawan, dalam 27 nihh, kalau kau boleh cari ada 2 kepala otak dia sama, kau bagitau aku, aku bersedia nak bagi apa-apa hadiah kat kau. Nampak ngak mohongnyee kalau kata ada yang sama.

Jadi dengan kepala otak ataupun senang citer perwatakan kawan-kawan kita yang berbeza, you could learn so much things about life and attitude. Korang akan tahu how to deal with people, how to talk and macam mana nak approach. Kau akan tahu pentingnya nanti  lepas kau masuk uni. Huhu. So grab the opportunity untuk kenali kawan kau dan belajar dari diaorang

Ok next
Ye aku tahu... Aku comel

Yes thats right, FAMILY.

Ini bukan calang-calang punya bagi kesan. Aku tahu mana ada mak ayah atau adik beradik yang sempurna dalam dunia ini. Tapi kau kena realise, macam kawan-kawan kau tadi tu, ada je yang baik, ada je yang buruk, tapi kau kawan je dengan semua even kau tak amik pon bad attitude diaorang sebagai guideline hidup kau.

Macam tu jugak family, amik je yang baik dari setiap yang kita pernah jumpa dalam hidup kita.

Ok last leteran harini. Hehe

Ini kalau korang bukan budak sekolah aku korang tak kenal kott.

Cikgu-cikgu sekolah (gambar akan diupdate kemudian)

Time kau baca nih,haha ye engkau, engkau tengah baca nihh, akan ada dua benda yang mungkin ada dalam dasar samudera memoir korang sekarang. Samada cikgu yang paling kau benci atau cikgu yang paling kau suka. Betul tak? Sila komen jawapan. Haha.

Cikgu-cikgu ni kan, kalau tak cerita pon korang tahu dah betapa signifikan dan vital diaorang punya influence kan? So aku tak yah citer panjang. Cuma!

Ada satu je benda yang aku pesan, ingat tak konsep atom aku tadi tuhh, (bagi yang tak paham baik pergi baca buku dlu, takut nanti tak paham pulak)😤.

Ok bila kita dah ada banyak atom dalam acuan hidup kita, kita kena pastikan dalam atom2 ni, kalau boleh jangan ada atom yang seperti merkuri ke, litium ke, yang kalau korang makan, confirm, confirm (selepas izin dari Allah SWT) meninggal.

Sebab dia beracun, so ada 2 cara utama untuk kau elakkan bahan macam tu dari jadi acuan kau.

1. Sentiasa bersangka baik dengan setiap manusia, maka kita akan belajar yang baik sahaja dari dia

(یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱجۡتَنِبُوا۟ كَثِیرࣰا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمࣱۖ )
[Surat Al-Hujurat 12]

2. Menjaga hubungan dengan seluruh manusia

(ضُرِبَتۡ عَلَیۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ أَیۡنَ مَا ثُقِفُوۤا۟ إِلَّا بِحَبۡلࣲ مِّنَ ٱللَّهِ وَحَبۡلࣲ مِّنَ ٱلنَّاسِ)
[Surat Aal-E-Imran 112]

Maka kesimpulannya,
Tempalah acuan diri yang berkualiti.

Jangan lupa FOLLOW dan SHARE





Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular