Resensi Buku #2: Sungai Mengalir Lesu

Assalamualaikum dan hai semua pembaca

Semoga terus tidak berhenti membaca book review saya yang baru sahaja bermula ini. Semoga bait-bait pandangan yang tidaklah setajam intelek para pembaca ini mampu membantu dalam menyemat sikap menyedari bahawa perlunya membaca.

Hari ini saya akan memberikan book review dengan pembacaan saya yang terbaru iaitu, SUNGAI MENGALIR LESU karya Sasterawan Negara A Samad Said. 


Ini ialah bukunya edisi 'malaysia membaca' cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. 118 muka surat sahaja. 2 hari boleh khatam😊😊



Penulis yang secara santai digelar Pak Mad ini telah meletakkan suatu isu yang menarik bagi sebuah novel tempatan yang mempunyai latar masa dan tempat yang agak berbeza dengan kita (generasi pasca merdeka).

Pemilihan latar masa iaitu zaman perang Jepun sekitar 1942-1945, adalah sebuah latar yang di luar jangkauan pemikiran generasi kini.

Pada hemat diri sendiri, saya percaya persoalan yang dibawa oleh penulis sendiri adalah titik fokus paling vital menjadi pemangkin kekuatan novel ini. Iaitulah, persoalan kehidupan zaman Perang Dunia ke-2.

Jika kita merasa telah banyak mendengar tentang sukarnya hidup generasi lampau, maka baca dulu buku ini. Saya jamin kita bakal merasa keperitan itu hingga ke dasar sukma, betapa peritnya hidup dijajah, jasad mahupun intelek.

Maka saya syorkan kepada semua untuk membaca buku ini. Nak dapat di mana? Boleh layari DBP online shop untuk tempahan, RM 10 sahaja.

Jom sama-sama kita sokong kempen membaca oleh kerajaan dalam membentuk negara membaca tahun 2030.😁😁

Link pembelianπŸ‘‡
https://dbpniaga.my/Inventori/Detail_Inventori?i=NDE1Mw==

Jangan lupa follow dan share page ini


Ulasan

Catatan Popular