Onak Keinsafan karya Jejaka Bintang

ONAK KEINSAFAN

Aku mula menipu diri sendiri
Tatkala hampir semua manusia hadir
Meminta buah fikiran dan nasihat buat penguat diri
Aku tetap hanyut dengan bayangan lama ku
Aku bermimpi didunia yang penuh imaginasi tanpa daku sedari yang mana realiti

Seorang hamba Tuhan bertemu denganku
Ku bersandiwara laksana perkasa,
Hakikatnya,
Hatiku rebah keseorangan,, kesedihan dek teringat khilaf-khilaf yang telah ku lakukan..
Hanya Tuhan mengetahui atas segala kesilapan..

Aku sadar dari mimpi
Ku mengorak langkah tuk kembali
Namun, apakandaya
Diri ini hanya seorang insani
Yang tidak lari dari kejahatan diri

Aku cuba bangkit kembali
Kali ini aku berazam terbang tinggi-tinggi... Biar tiada siapa yang tahu dan mengerti kelatnya kehidupan yang ku lalui..
Ku gagahkn diri mencari aag Ilahi.. Kadang terasa bodoh diri ini, kerana sangka sudah berjaya, hakikatnya masih berada di tanah bumi yang indah.
Kusangkakn mimpi rupanya tidak..
Ku masih dibumi,tidak ku sangka masih ada tempat yang indah.
Ku melayan perasan yang penuh dengan kekusutan, hadir ketenangan bila membaca surat cinta dari Ilahi..

Baru ku sadar bahawa Tuhan itu memerhati, mengetahui dan memahami..
Dia bukan kejam tapi mahukan yang terbaik buat ku..
Ku cuba redha dan pasrah akhirnya aku mampu..

Setiap hari ku berbicara, berdoa kepadd yang Maha Esa. Diberikan kekuatan menempuhi hari yang penuh duri.,
Tatkala ku mula melangkah seang rimba mula menyambar,
Dengan penuh kudrat kulawan semuanya..
Aku berjaya, bilamana percaya Tuhan itu ada,, sedia membantu

Tak pernah ku rasa indah dan tenang setelah berjaya penuhkan ruang kosong ini dengan memuji kepadanya..

Dalam perjalanan aku jatuh kembali namun aku tahu inilah sunnah kehidupan yang harus ku tempuhi.. Ronak duri tetap terpatri...
Kuharap yang Maha. Esa sentiasa bersama ku memberikan kekuatan yang sejati...

Jejaka Bintang
Bangi
9 Zulhijjah 1441

Jangan lupa untuk FOLLOW dan SHARE😖

Ulasan

Catatan Popular