Resensi Buku #3: Surat-Surat Perempuan Johor
Assalamualaikum wbt semua pembaca, apa khabar semuanya, semoga dalam pandemik yang kita berdoa agar Allah swt memberi kita hikmah di samping ujian yang amat jarang menjenguk kita ini.
Fulamak, lama betul saya tak menulis di blog🤣, post saya yang
sebelum ini pun adalah sajak karangan sahabat saya, bukan karya saya pun.
InsyaAllah niat saya hari
ini ingin memecahkan kesunyian blog ni dengan book review sebuah buku yang
baru-batu ini saya beli iatu 'Surat-Surat Perempuan Johor'. Sebuah buku yang saya
boleh katakan hasil pengumpulan Faisal Tehrani melalui sumber-sumber aktiviti
surat-menyurat bangsa melayu kita dengan sesama bangsa mahupun bngsa lain.
LATAR BELAKANG🤤
Untuk penulis atau penyusun buku ini, Faisal Teharani, tidak
banyak kajian yang saya buat terhadap beliau melainkan hanya buah-buah
mulut orang kebanyakan (pembaca harus membuat research sendiri). Namun saya
cuba tidak membuat kesimpulan yang terburu-buru, dan saya cuba mendapat apa-apa
faedah yang saya boleh dapati dari karya epistolari beliau ini.
Buku ini berlatarkan seorang wanita kerabat Diraja Johor yang sedang menentang kanser namun membawa diri ke nagara Turki bagi mencari kebenaran dalam kisah perundangan negeri Johor iaitu 'Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895'. Selain melakukan kajian melalui bahan rujukan akademik, watak utama (Ungku Nur), juga menyiasat latar belakang aktiviti surat menyurat antara nenek saudara beliau dengan seorang lelaki berbangsa Turki sekitar tahun 1844.
Pengkajian
dilakukan bersama seorang pengkaji dari turki yang merupakan cicit kepada lelaki
yang disebut oleh nenek saudara Ungku Nur di dalam surat-suratnya.
Ingin saya
perjelaskan bahawa surat-surat yang dikarang oleh nenek saudara Ungku Nur atau
dikenali sebagai Tuk Hamidah bukanlah sekadar surat-surat cinta monyet yang
ditulis dengan tinta nafsu, bahkan ia penulisan Tuk Hamidah menceritakan pada
kita yaknilah generasi kini. Walaupun berasal dari keluarga kerabat Diraja Johor, Tuk Hamidah mempunyai ilmu yang amat tinggi ilmu siayasah islmaiyyah,
penjagaan ikhtilat (pergaulan lelaki dan wanita), hukum syariah, penguasaan Bahasa
arab yang sangat tinggi, tidak kurang sastera Bahasa ibundanya dan tidak
dilupakan seorang peniaga yang berjaya.
Suarta Tuk Hamidah ini ditulis dalam situasi beliau
jatuh cinta dengan pandang pertama, perniagaannya dan polemik politik Johor.
APA YANG MENARIK?🤓🤓🤓
Pertama,
bagaimana Ungku Nur membuat pengkajian akademik dengan menggunakan surat-surat
nenek saudara beliau sebagai bahan sokongan, kalau dulu memang wujud perhubungan politik dan persahabatan antara istana Khilafah Uthmaniyyah dan istana negeri Johor. Ini bukan
kisah zaman Melaka sebelum diserang penjajah durjana. Namun kisah persahabatan atas dasar ukhuwah islamiyyah antara dua kerajaan islam.
Kedua,
bagi para pembaca yang dalam lingkungan umur saya, akan kita ingat sewaktu tingkatan tiga, disebut dalam subjek sejarah watak bernama Sultan Abu Bakar
iaitu Bapa Pemodenan Johor. Dalam buku teks kita ada disebut bahawa Sultan Abu Bakar ingin 'membaratkan' Johor dengan gaya inggeris. Amatlah berbeza sekali
dengan buku teks kbsm yang saya baca itu dahulu. Lebih menarik kalau pembaca boleh
mencari buku teks itu, baca kandungannya, kemudian buatlah perbandingan dengan
surat-surat Tuk Hamidah ini.
Macam mana buku
teks berkata “baginda membaratkan johor” tetapi surat tuk hamdah menceritakn "penegakkan syariah" pula yang berlaku? Yang itu anda perlu baca buku ini. Adakah maksud membaratkan di dalam buku teks itu sebenarnya?
Ketiganya,
penceritaan perwatakan seorang wanita melayu abad ke-19. Tidak terucap saya akan bait kalimah, tidak tertulis juga dengan dakwat akan tinta. Sedang lelaki alaf ini pun, entah
ada atau tidak yang amat serba boleh seperti tuk Hamdidah ini. Susah betul kalau saya hendak cerita, anda MESTI baca buku ini.
Keempat, bahasa sastera melayu juga arab yang amat menarik, juga mampu menambah lemahiran bahasa para pembaca buku ini.
HIKMAH YANG SAYA PEROLEHI🤔🤔🤔
Akhirulkalam
dari saya, karya epistolari ini tidak keterlaluan untuk saya katakan karya
sastera dan sejarah paling menarik pernah saya baca dalam hidup saya yang masih
pucuk ini (setakat tahun 2020). Sebuah karya yang menjentik sukma kita bahawa tidaklah mulia sesebuah
bangsa kecuali denga islam menjadi pedoman meraka, juga ilmu dunia yang berada
di tangan dan digenggam erat itu. Bagaimana peranan wanita amat penting dalam perkembangan islam itu sendiri. Betapa penting suara berani Tuk Hamidah,
lantang menyaring ketika para penjajah durjana membuat onar juga pongah di
negeri kita. Amat menarik untuk kita baca, kita renung, kita fikirkan.
Sekian
dahulu book review dari saya kali ini, maaf andai ada yang terkurang. Harapnya pembaca
akan segera mencari buku ini dan mencari hikmah di dalamnya. Semoga ada manfaat
penulisan saya kali ini.😄😄
Assalamualaimukum
wbt.
P/S: Buku
ini banyak dijual secara atas talian.
KALAU
RASA ADA MANFAAT, SHARE BOOK REVIEW INI!!!!!👍👍👍



Mantulll, ada masa trus cari buku ni di kedai buku 👍
BalasPadam